Tuesday, October 9, 2012

PESANAN UNTUK WANITA

keluarga bahagia bermula dari pembentukan iman dalam diri...



1.     JAGA SOLAT DIAWAL WAKTU
      Jika datang haid, perlu duduk di tikar sembahyang supaya
      anak tidak melihat kita meninggalkan solat.

2.     MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM
      Mengajar anak patut dari rebung dengan doa masnun iaitu doa harian Nabi Muhammad seperti doa tidur, bangun tidur, makan, dan sebagainya.

3.     HIDUPKAN BACAAN HADIS
      Nabi Muhammad s.a.w di rumah dengan keluarga baca hadis fadhilat amal. Ini amalan zaman Nabi Muhammad. Anak-anak yang mengamalkan cara hidup ini akan mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat.

4.     HIDUP SEDERHANA DENGAN TIDAK MEMBEBANKAN SUAMI
     Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita berkenaan. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah ke atas wanita itu.

5.     BACA AL-QURAN SETIAP HARI WALAUPUN LAPAN AYAT
      Jika tidak mampu untuk membaca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah, ”Ya Allah, apa dosa saya sehingga tidak dapat membaca kitab-Mu pada hari ini”.

1.     GALAK SUAMI BERMUJAHADAH ATAS AGAMA ALLAH
      Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di masjid atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solatnya sendiri.

No comments:

Post a Comment