Sunday, October 21, 2012

janji Allah itu pasti...

" Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku , maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada - Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah -Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa dalam kebenaran.."  - Surah Al - Baqarah, ayat 186




wanita solehah hiasan dunia

kau di gelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan saja di rindui yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akal mu senipis belahan rambut
terbangkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk di alasi..
bukan dari kepala untuk di junjung..
tapi dekat di bahu untuk di lindung..
dekat jua dihati untuk di kasihi...
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk...
engkaulah wanita istimewa...


didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupon pujian...
kelak tidak derita berharap bala yang binasa..
engkaulah wanita istimewa,..

sedarilah insan istimewa...
bahwa kelembutan bukan kelemahan...
bukan jua penghinaan dari tuhan..
bahkan sebagai hiasan kecantikan...




>> jauh dalam hati setiap wanita,pastinya mereka mempunyai keinginan untuk menjadi wanita solehah... wanita yang taat kepada Penciptanya, taat kepada kedua ibu bapa dan kepada suaminya... wanita insan yang lemah,akalnya juga pendek,oleh itu mereka mengharapkan lelaki sebagai pembimbing mereka.. lelaki, didiklah wanita dengan keimanan,bukannya harta atau pujian...
> akhlak peribadi seorang suami membentuk peribadi seorang isteri...
> semoga mahligai yang dibina for the sake of Allah bahagia hingga ke jannah...



taubat seorang hamba

sekelumit rasa yg terpendam,seribu keinginan diri...



hati hiba mengenang dosa - dosa yang ku lakukan...
oh Tuhan Maha Kuasa ,terimalah taubat hamba berdosa....
ku akui kelemahan diri...
ku insafi kekurang ini...
ku kesali kejahilan ini...
terimalah..terimalah..terimalah taubat ku ini...

telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana hilang dari jalan menuju redha mu YA TUHAN...






Ya Allah betapa diri ini masih jauh dari- Mu Ya Allah...
jadikanlah aq hamba-Mu yang selalu dekat dan taat kepada - Mu Ya Allah....


>dalam diri setiap insan pasti wujudnya perasaan ingin berubah 
>walaupun sekelumit,perasaan itu pasti ada......
>hidayah perlu di cari,bukan di nanti maka
>berubahlah walau terpaksa,kerna dari keterpaksaan akan timbul keikhlasan... insya'allah... 
> sungguh,sungguh lemah diri ini Ya Tuhan...Tabahkanlah hati ini semoga sentiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan..... amin....

Monday, October 15, 2012

love for the sake of Allah



"Katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang - orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.. "    - surah An-Nur : ayat 30


Wednesday, October 10, 2012

Tetapkanlah Kepercayaanmu


"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.."
(surah al Insyirah ayat 5)



Tuesday, October 9, 2012

PESANAN UNTUK WANITA

keluarga bahagia bermula dari pembentukan iman dalam diri...



1.     JAGA SOLAT DIAWAL WAKTU
      Jika datang haid, perlu duduk di tikar sembahyang supaya
      anak tidak melihat kita meninggalkan solat.

2.     MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM
      Mengajar anak patut dari rebung dengan doa masnun iaitu doa harian Nabi Muhammad seperti doa tidur, bangun tidur, makan, dan sebagainya.

3.     HIDUPKAN BACAAN HADIS
      Nabi Muhammad s.a.w di rumah dengan keluarga baca hadis fadhilat amal. Ini amalan zaman Nabi Muhammad. Anak-anak yang mengamalkan cara hidup ini akan mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat.

4.     HIDUP SEDERHANA DENGAN TIDAK MEMBEBANKAN SUAMI
     Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita berkenaan. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah ke atas wanita itu.

5.     BACA AL-QURAN SETIAP HARI WALAUPUN LAPAN AYAT
      Jika tidak mampu untuk membaca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah, ”Ya Allah, apa dosa saya sehingga tidak dapat membaca kitab-Mu pada hari ini”.

1.     GALAK SUAMI BERMUJAHADAH ATAS AGAMA ALLAH
      Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di masjid atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solatnya sendiri.